KUALA LUMPUR: Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 20 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya, bermula esok.
Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini, berkata Rapid Bus mendapat kerjasama daripada Smart Selangor yang menyediakan 20 bas.
Katanya, buat masa ini, Rapid Bus menyediakan 83 bas bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi.
Semua lebih 100 bas perantara itu bagi menampung penumpang di lima laluan Laluan LRT 1: Stesen Ara Damansara – Stesen Pasar Seni, Laluan LRT 2: Stesen Ara Damansara – Stesen Kelana Jaya, Laluan LRT 3: Stesen Kelana Jaya – Stesen Pasar Seni, Laluan LRT 4: Stesen Pasar Seni – Stesen Masjid Jamek dan Laluan LRT 5: Stesen Masjid Jamek – Stesen Dato’ Keramat.
“Bagi menambah jumlah kakitangan di stesen untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang, seramai 80 orang dari kalangan warga Prasarana akan ditempatkan di stesen-stesen untuk membantu penumpang daripada segi memberi panduan untuk menaiki bas perantara,” menurut kenyataan itu.
Bagi penumpang yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan, pihak Rapid Rail akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya, yang akan dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan.
“Maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat. Kami akan memaklumkan perkembangan proses baik pulih LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa,” jelasnya.
Astro Awani
Wed Nov 09 2022
Rapid Bus mendapat kerjasama daripada Smart Selangor yang menyediakan 20 bas. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.